My Destination http://jatmonavie.blogspot.com

Lelaki - Perempuan

Tuesday 5 April 2011
Beberapa perkara yang kita kena terima pasal lelaki dan wanita. Fact… tidak perlu kaji kenapa dan bagaimana nak atasi, just deal with it. Fact sebeginilah yang membuatkan tiada guru tadika lelaki (di Malaysia) dan tiada postman wanita.


Lelaki – Gatal
Semua wanita patut tahu, tidak kira pak lebai ke, mat rempit ke, doctor ke, penjual burger ke. Asal namanya lelaki sememangnya dia gatal. Gatal dalam erti kata, suka melihat atau mendekati keindahan ciptaan tuhan yang bernama wanita. Buktinya, suruh Fasha Sandha lalu sebelah Datuk K, confirm dia akan toleh dan tengok kali kedua, walaupun Siti ada disebelah. Ok… not so good example, since tengok misai pun kita boleh agak Datuk K memang gatal orangnya. Hahaha…. Lelaki baik secara bijaknya akan cover kegatalan dia, sedangkan lelaki jahat dan bodoh akan bangga dengan sifat sebegitu.

Perempuan – Particular

Sememangnya kaum hawa dilahirkan dengan sifat sebegini. Contoh; Selalunya orang perempuan kalau nak masak mesti kena cukup bahan-bahannya. Bawang besar kena yang colour merah, colour kuning tak mahu. Kicap kena brand Kipas Udang, Tamin dah ketinggalan zaman. Kena pakai santan, tak boleh gantikan dengan susu atau minyak. Kalau tidak dapat dipenuhi, mereka tak nak masak. Mungkin sebab tu lah kedai makan makin maju sekarang, isteri / ibu makin malas memasak.

Lelaki – Gila Sukan

Tidak kira sukan lasak atau hanya virtual macam computer games. Sememangnya orang lelaki minat sukan. Mungkin ada kaitan dengan cabaran, egoistic atau hormon. Seperti aku cakap tadi, tidak perlu kaji, orang perempuan kena terima benda ini dan pandai-pandailah adjust diri sendiri. Lagi bagus kalau you can become part of ‘the game’, if you know what I mean. Hahahaha…

Perempuan – Suka emas, berlian

Tiada wanita akan menolak emas atau berlian. Kalau tak, takkan taukeh Zhulian pun boleh kaya dengan hanya jual emas tiruan. So, para suami kalau nak menambat hati isteri atau rasa nak berikan hadiah pada isteri, belikanlah apa-apa yang ada kaitan dengan emas dan berlian, murah pun takpe. It’s a safe gift, confirm berjaya tidak seperti bunga, teddy bear, baju atau alat solek.

Lelaki - Minat machine

Tidak kira apa jenis, sememangnya orang lelaki obsess dengan mechanical machine. Ada yang gila motor, kereta, robot, kapal terbang, computer, remote control toy. Kegilaan ini akan mengikut kemampuan, keadaan semasa dan kawan-kawan. Bagi orang perempuan, selagi pasangan anda tidak mengabaikan perkara-perkara wajib yang sepatutnya, biarlah mereka bermain dengan machine mereka. Kalau difikirkan lebih baik dia main dengan machine daripada main dengan perempuan lain, kan?

Perempuan – Pemalu

Tidak perlu suruh mereka buat anything yang boleh attract people attention. Mereka mesti tidak akan buat. Ada bagusnya sifat ini.


Masa mula nak tulis article ni tadi rasa macam banyak je idea. Tapi rupanya banyak point yang overlap. Contoh, lelaki - simple… sama seperti perempuan - particular. Lagipun banyak point yang rasanya lelaki dan perempuan share. Contoh, perempuan suka shopping, padahal lelaki pun suka. Cuma range barangan yang orang perempuan suka scopenya besar compare to lelaki. Sebab tu perempuan boleh tawaf satu hypermarket. Aku juga tidak mahu sentuh lame point, macam lelaki - ego tinggi. Come on, ego very subjective lah. Perempuan pun ada ego, mungkin lain cara ekspresinya.
Jangan kutuk aku, aku sedar aku sendiri belum kahwin dan tidak arif perihal lelaki-perempuan. Tapi kita tidak semestinya perlu jadi Shebby Singh untuk komen game bolasepak, kan?

P/S: Kepada lelaki atau perempuan yang rasa diri kau tidak mempunyai sifat diatas. You should take some action, something wrong with your system. Hahaha….

0 comments:

Post a Comment