Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...
"Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan marah.. kami potong stim.."
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. ..Potong stim betullah!!!
TAMAT
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>>kahkahkah....
Pages
My Destination
http://jatmonavie.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Just call me......
- ejat
- Aku adalah Aku... Simple Pers0n, agak cerewet,responsible caring n more to loving.. I love my family, my sibling,my frens and ofc0z my LOVER ^_^
Monavie Networker
Followers
lAter post
-
hati hari ini berbicara denganmu..meluahkan kerinduan yang hadir di saat ini.. indahnya hari ini kerana pagi yang indah ini ditemani huj...
-
Aku ejat....dilahirkan pada 12 December 1991 di Kedah Medical Centre,Aloq Setaq...S0 hampa suma x yah dok tnya aq berasal dr mana oke..sudah...
-
Beberapa perkara yang kita kena terima pasal lelaki dan wanita. Fact… tidak perlu kaji kenapa dan bagaimana nak atasi, just deal with it. ...
-
adakala rindu tak terluah apabila kesibukan dan keletihan menguasai diri namun dalam hatiku sering terpancar rindu yang tercipta un...
-
PROFILE SYARIKAT - Monavie HQ Ibu Pejabat Monavie di South Jordan Utah, USA Monavie Malaysia Pejabat Monavie Malaysia , Tingkat 2 Mena...
-
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke ...
-
I’m not talking about woman’s needs or their expectations towards man. I just a little bit confuse how to treat them, why? Read on… "...
-
Temanku Mengapa kau bersedih Hampa dengan dunia? Kecewa nasib yang menimpa? Temanku Usahlah kau bersedih Nasib kita serupa Tapi aku tak k...
-
Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih ...
-
Mula mula sekali mari kita melihat apa itu sebenarnya MonaVie, proses pembuatannya dan khasiat khasiatnya. MonaVie ialah satu jus kesih...
Powered by Blogger.
huhu.. cun post ... bijak2